Tuesday, April 30, 2019

Pelan Pemasaran

Sesebuah perniagaan wajib hadir dengan jenamanya yang tersendiri ini kerana jenama memainkan peranan yang penting bagi menaikkan identiti serta kepercayaan prospek. Dalam perniagaan, pemasaran merupakan aspek utama bagi memastikan sesebuah syarikat untuk terus berkembang. Melalui pemasaran yang efektif serta pengurusan yang sistematik, usahawan mempunyai peluang yang luas dalam melebarkan jaringan perniagaan yang menjual jenama kepada dunia luar.


Mengapa pemasaran? Pemasaran merupakan satu langkah bagi memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai serta difokuskan kepada prospek yang berminat. Bukan sahaja teknik penawaran, sasaran iklan kepada prospek yang tepat harus diambil kira. Ianya tidak terhad kepada syarikat-syarikat yang masih batu, malahan syarikat gergasi juga konsisten dalam melahirkan minda bawah sedar kepada produk mahupun perkhidmatan mereka. Pemasaran yang berkesan juga bakal menjamin penjualan sesebuah syarikat.


Rajah 1. 7 Kaedah Pemasaran (Sumber: SME Info)

Para usahawan juga didedahkan dengan 7 kaedah pemasaran (7P's) bagi membetulkan strategi pemasaran sedia ada perniagaan usahawan.

Usahawan wajib menetapkan matlamat atau tujuan utama pemasaran (Goal Setting) yang khusus (SMART).
Rajah 2. SMART (Sumber: Google Images)

(Specific) Khusus

Adakah matlamat khusus untuk usaha pemasaran pada masa tertentu, atau adakah ini matlamat keseluruhan syarikat? Dalam kursus ini usahawan digesa untuk membezakan matlamat utama dengan matlamat sesuatu kempen pemasaran. Khususkan sesuatu usaha pemasaran, namakan kempen tersebut dengan ‘kempen promosi raya’ atau ‘kempen jualan hujung tahun’ atau ‘kempen pelancaran produk baru’ dan sebagainya.

(Measure) Boleh Di Ukur 

Matlamat yang ditetapkan mestilah boleh diukur prestasinya supaya ia boleh dinilai keberkesanannya. Contohnya, ia perlu mempunyai sasaran jumlah pelanggan, jumlah reach (orang yang lihat promosi) atau jumlah jualan yang perlu dicapai dan sebagainya.

(Achievable) Boleh Di Capai

Matlamat perlulah berpatutan dan boleh dicapai. Jangan sesekali meletakkan matlamat yang mustahil atau yang boleh menyebabkan usahawan hilang motivasi diri kerana kepayahan yang terpaksa dilalui untuk merialisasikan matlamat yang sememangnya tidak boleh dicapai.

(Realistic) Realistik

Matlamat seharusnya adalah sesuatu yang berkaitan dengan jenis perniagaan serta berkait dengan objektif utama perniagaan. Matlamat adalah ‘kenapa’ para usahawan perlu melakukan usaha pemasaran ini. Ia juga perlulah sesuatu yang realistik. Jangan letakkan sasaran jualan 5,000 unit sebulan sekiranya hanya boleh membekalkan 2,000 unit sebulan sahaja.

(Time Based) Mempuntai Tetapan Masa

Matlamat perlu mempunyai masa tamat, jadi usahawan perlu tetapkan tempoh masa ia perlu dicapai, supaya matlamat keseluruhan ini boleh dinilai keberkesanannya apabila kempen tamat nanti.

Saturday, April 13, 2019

Praktikal Kewangan - Margin & Penetapan Harga

Untuk sesi praktikal kewangan - margin & penetapan harga, para peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPk (Proper A) didedahkan dengan

1. Kepentingan pengiraan kos setiap produk.

2. Jenis-jenis kos yang terlibat dalam perniagaan

3. Praktikal bagaimana untuk mengira kos produk dan penetapan keuntungan menggunakan "BASIC TEMPLATE"