Selamat Hari Guru... Jasamu ku kenang wahai guru, terima kasih atas segalanya ❤️❤️❤️
Wednesday, May 15, 2019
Saturday, May 11, 2019
Selamat Hari Ibu
Pergi ke hutan mencari tebu,
Tebu dicari bunian punya,
Besar sekali pengorbanan ibu,
Hanya syurga ganjarannya ❤️❤️❤️
Tebu dicari bunian punya,
Besar sekali pengorbanan ibu,
Hanya syurga ganjarannya ❤️❤️❤️
Selamat hari ibu...
Sunday, May 5, 2019
Cara Solat Tarawih Di Rumah
Mak-mak yang ada anak kecil dan jugak mak-mak yang siangnya bekerja, malamnya jadi "supermak". Jom baca cara-cara nak buat solat tarawih di rumah.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Mudahnya nak beribadah, jangan sedih kalau tak dapat ikut buat tarawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isya' dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ya:
SOLAT SUNAT TARAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
● Zikir Selepas Solat Witir [3x]
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sangat mudah dan tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
Semoga bermanfaat.
*** Download panduan lengkap Solat Sunat Tarawih oleh JAKIM ***

Wednesday, May 1, 2019
Gambar Sesi Pelan Pemasaran
Gambar sekitar sesi pelan pemasaran dalam Kursus Pemasaran - Penjenamaan & Pembungkusan di Hotel Seri Warisan Taiping, Perak.
Kursus Pemasaran - Penjenamaan & Pembungkusan Siri 2
Alhamdulillah syukur pada ALLAH swt, setelah berakhirnya Kursus Pemasaran - Penjenamaan & Pembungkusan Siri 1 di Nilai 3, Negeri Sembilan tempoh hari kini konsultan dari Entwoz Trading & Consultancy Plt pula ke Perak. Lokasi Entwoz kali ini di Hotel Seri Warisan Taiping, Perak pada 1hb hingga 2hb Mei 2019 (Rabu & Khamis).
Dalam siri 2 ini, para usahawan akan diberi pendedahan pemasaran digital bagi tahap lanjutan dan juga bagaimana pendedahan untuk cap dagangan ("trademark") bagi produk dan perniagaan usahawan. 45 idea pemasaran kreatif turut disertakan kepada para usahawan agar dapat memajukan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik.
Seramai 20 orang usahawan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) MAIPk hadir pada siri 2 ini. Nantikan produk-produk dari para usahawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)