Wednesday, May 1, 2019

Kursus Pemasaran - Penjenamaan & Pembungkusan Siri 2

Alhamdulillah syukur pada ALLAH swt, setelah berakhirnya Kursus Pemasaran - Penjenamaan & Pembungkusan Siri 1 di Nilai 3, Negeri Sembilan tempoh hari kini konsultan dari Entwoz Trading & Consultancy Plt pula ke Perak. Lokasi Entwoz kali ini di Hotel Seri Warisan Taiping, Perak pada 1hb hingga 2hb Mei 2019 (Rabu & Khamis).


Dalam siri 2 ini, para usahawan akan diberi pendedahan pemasaran digital bagi tahap lanjutan dan juga bagaimana pendedahan untuk cap dagangan ("trademark") bagi produk dan perniagaan usahawan. 45 idea pemasaran kreatif turut disertakan kepada para usahawan agar dapat memajukan perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik.

Seramai 20 orang usahawan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A) MAIPk hadir pada siri 2 ini. Nantikan produk-produk dari para usahawan.



No comments:

Post a Comment