Friday, October 25, 2019
Pemantauan Usahwan Proper A Siri 4
Dalam tak sedar dah siri ke 4 pemantauan usahawan Proper A oleh Entwoz Trading & Consultancy Plt.
Hati-hati dalam perjalanan. Selamat bercuti semua. Kami menghala ke Ipoh - Taiping - Selama - Pengkalan Hulu - Lenggong untuk pemantaun usahawan Proper A siri ke 4.
Tak sabar nak jumpa dengan usahawan-usahawan hebat. INSHAALLAH kita sama doakan semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat kelakπ
Wednesday, October 23, 2019
Rizqan Santan - Pembekal Santan Segar & Berkualiti Chemor & Ipoh Perak
Rizqan Santan merupakan pembekal santan utama di Chemor & Ipoh Perak yang menjual dan membekal santan segar dan berkualiti terus ke tempat anda.
DIJAMIN ππ»ππ»
π―% Santan Tulin Dari Isi Kelapa Segar
❌Tidak Perlu Dibekukan, Dinginkan Sahaja
♨ Bahan Tidak Mudah Rosak / Basi
π
π»♀ Tiada Bahan Pengawet
Diusahakan 100% oleh bumiputera dan dijamin halal. Di Rizqan Santan, kami memastikan santan yang segar dan tidak mempunyai bahan campuran lain kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
Kami turut membekal santan untuk:
- Bisnes katering
- Majlis-majlis
- Restoran/kedai makan
- Kedai runcit/mini-mart
- Kilang Sekolah
- Individu
Untuk tempahan PM kami 0165792023 (Umie Yan) / 0125222583 (Atie Lat).
Tuesday, October 15, 2019
Cara Menulis Artikel Perniagaan
Jom mulakan sesuatu untuk perniagaan anda, persoalan yang paling penting bagaimana nak menulis sesebuah artikel perniagaan? Saya senaraikan beberapa cara yang boleh anda ikuti supaya ada garis panduan.
1. Sejarah perniagaan/produk/perkhidmatan @ siapa anda disebalik perniagaan tersebut.
2. Promosi, ya promosi yang sedang anda jalankan… Setiap bulan atau setiap tahun atau tarikh-tarikh tertentu.
3. Testimoni. Sepanjang anda berniaga pasti mempunyai beberapa testimoni (sama ada yang tercatat, didengar, salinan gambar mahupun video)
4. Kongsi resipi, ya betul resipi mungkin sama tetapi kasih sayang yang dicurahkan kepada resipi itu menjadi intipati penting. Kalau ada bahan rahsia janganla bagitau, simpan untuk perniagaan anda… Ate KFC pun simpan bahan rahsia dia…
5. Kumpulkan idea, tips, nasihat yang berkaitan perniagaan/produk/perkhidmatan anda.
6. Gunakan komen atau review pelanggan pada perniagaan kita, jawab persoalan mereka ataupun tawarkan diskaun dan promosi.
7. Cuti peristiwa juga boleh kita kongsikan selitkan info atau promosi didalamnya.
Jadikan satu perincian cerita yang menarik untuk dibaca, selit juga beberapa gambar diantara penulisan supaya pembaca tidak bosan apabila membaca artikel anda. Apa pun, semuanya bergantung kepada anda sendiri. Banyak mana idea sekali pun ianya harus dicatat walaupun pada sekeping kertas.
TIPS: Mula menulis walaupun sebaris ayat, lama kelamaan pasti boleh menulis tanpa sebarang masalah.
Oh ya, jika tidak mampu menulis 1000 patah perkataan boleh bermula dengan 200 patah perkataan kemudian naikkan ke 300 dan seterusnya. InshaALLAH anda pasti boleh menceritakan sesuatu pada pelanggan anda kelak.
Wednesday, October 9, 2019
Kursus Pemprosesan Makanan Ke Arah Meningkatkan Kualiti, Ketahanan & Keselamatan Makanan
Pihak Entwoz Trading & Consultancy Plt mengambil satu lagi inisiatif dalam pembangunan produk makanan peserta Proper A - Entwoz dengan mengadakan satu Kursus Pemprosesan Makanan Ke Arah Meningkatkan Kualiti, Ketahanan & Keselamatan Makanan.
.
3 aspek utama dalam produk makanan yang seharusnya dititikberatkan oleh para peniaga iaitu aspek #KUALITI, #KETAHANAN & #KESELAMATAN.
.
Kursus ini akan diadakan pada 12 Oktober 2019 (Sabtu) di Pusat Latihan MS Nilai 3, Negeri Sembilan dan akan diajar oleh tenaga profesional yang bertauliah. Peserta yang akan hadir ialah seramai 12 orang.Peneram Wakaf @ Taiping
"Try la peneram nie... Sedap... Makan sampai ralit"
"Kalau balik kg, peneram tu wajib beli... "
.
"Kak Ina, peneram dah sampai Sabah. Esok kami mula repack untuk kenduri... "
.
Alhamdulillah... Kak Ina goreng setiap hari, masa panas-panas peneram tu rangup sampai ralit... Kalau sejuk pulak, peneram tu lembut dan gebu.
.
Nak pos kat mana habaq mai na, 011-16585441 (KakNa DekNa@Zalina | Peneram d WAKAF ) - Usahawan Bimbingan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Entwoz Trading & Consultancy
.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















