Jom mulakan sesuatu untuk perniagaan anda, persoalan yang paling penting bagaimana nak menulis sesebuah artikel perniagaan? Saya senaraikan beberapa cara yang boleh anda ikuti supaya ada garis panduan.
1. Sejarah perniagaan/produk/perkhidmatan @ siapa anda disebalik perniagaan tersebut.
2. Promosi, ya promosi yang sedang anda jalankan… Setiap bulan atau setiap tahun atau tarikh-tarikh tertentu.
3. Testimoni. Sepanjang anda berniaga pasti mempunyai beberapa testimoni (sama ada yang tercatat, didengar, salinan gambar mahupun video)
4. Kongsi resipi, ya betul resipi mungkin sama tetapi kasih sayang yang dicurahkan kepada resipi itu menjadi intipati penting. Kalau ada bahan rahsia janganla bagitau, simpan untuk perniagaan anda… Ate KFC pun simpan bahan rahsia dia…
5. Kumpulkan idea, tips, nasihat yang berkaitan perniagaan/produk/perkhidmatan anda.
6. Gunakan komen atau review pelanggan pada perniagaan kita, jawab persoalan mereka ataupun tawarkan diskaun dan promosi.
7. Cuti peristiwa juga boleh kita kongsikan selitkan info atau promosi didalamnya.
Jadikan satu perincian cerita yang menarik untuk dibaca, selit juga beberapa gambar diantara penulisan supaya pembaca tidak bosan apabila membaca artikel anda. Apa pun, semuanya bergantung kepada anda sendiri. Banyak mana idea sekali pun ianya harus dicatat walaupun pada sekeping kertas.
TIPS: Mula menulis walaupun sebaris ayat, lama kelamaan pasti boleh menulis tanpa sebarang masalah.
Oh ya, jika tidak mampu menulis 1000 patah perkataan boleh bermula dengan 200 patah perkataan kemudian naikkan ke 300 dan seterusnya. InshaALLAH anda pasti boleh menceritakan sesuatu pada pelanggan anda kelak.
No comments:
Post a Comment