Saturday, April 13, 2019

Sesi Bedah Produk / Perniagaan Melalui Business Model Canvas (BMC)

Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPk (Proper A) oleh Entwoz Trading & Consultancy Plt menggunakan Business Model Canvas (BMC) untuk bedah produk/perniagaan para peserta.

BMC adalah satu canvas yang digunakan untuk menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal dan sedang kita gunakan.

Ia sangat berguna bagi mengurus risiko semenjak projek bisnes kita masih dalam FASA IDEA lagi.

BMC adalah ilmu asas peniagaan yang wajib diketahui dan digunapakai bagi mereka yang :
Mahu memulakan bisnes
Menambahbaik/ memulihkan bisnes
Meluaskan empayar bisnes

BMC ini mempunyai sembilan (9) blok:

1. Customer Segments (CS)  – organisasi menawarkan produk/perkhidmatan kepada satu atau lebih segmen pelanggan.

2. Value Propositions (VP)  – menyelesaikan masalah pelanggan atau memberi nilai tambah. (tawaran nilai)

3. Channels (CH)  – tawaran nilai disampaikan kepada pelanggan melalui kaedah komunikasi, pengedaran, dan saluran jualan

4. Customer Relationships (CR) – hubungan dengan pelanggan dibina dan dikekalkan kepada setiap segmen pelanggan.

5. Revenue Streams  (R$) – aliran pendapatan hasil dari kejayaan tawaran nilai kepada pelanggan.

6. Key Resources  (KR) – sumber yang diperlukan untuk menawarkan dan menyampaikan perkara-perkara berkaitan blok 1-5 di atas

7. Key Activities (KA) – dengan melaksanakan berberapa aktiviti utama dalam bisnes.

8. Key Partnerships (KP) – Sesetengah aktiviti boleh dilaksanakan atau diperolehi melalui pihak ke-tiga (outsource).

9. Cost Structure  (C$) – menentukan struktur kos yang diperlukan.

No comments:

Post a Comment