Monday, November 18, 2019

Resepi Ikan Pekasam Lenggong (Tasik Raban) by Z&R

Ikan Pekasam merupakan hidangan yang sedap dan menyelerakan, dikenali terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tak rumit mana pun, senang sangat... boleh ikut cara ini tau...
.
.
CARA-CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM
.
Bahan Bahan
.
1. Ikan - Biasanya guna ikan air tawar. Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Dan ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.

2. Garam Kasar (Garam halus pun boleh juga) - Sukatan garam biasanya 1kg ikan bersamaan dengan 100g garam.

3. Beras - Sangar terlebih dulu ya (goreng tanpa guna minyak). Dah siap sangar tumbuk sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan itu nanti.

4. Asam keping - Letakla sikit asam keping buat cukup syarat. Sebab ada jugak orang yang tak letak asam keping ni kerana beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian.
.
Langkah Penyediaan
.
Setelah ikan siap dibersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais semalaman,
.
Kemudian ambil beras yang sudah di sanga dan tumbuk tu. Gaul dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
.
Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
.
Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
.
Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
.
Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.
.
Seminggu lepas tu cuba la masak ikan pekasam tadi.
.
Kalau nak lagi mudah boleh hubungi
.
010-420 0811 (Jamaliah) - Usahawan Bimbingan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Entwoz Trading & Consultancy

No comments:

Post a Comment